twitter


betul..betull..betull..
.











msti kite akan ingat tagline nie kan...
skali masuk wayang plak cite nieh...
aku pun ape lagi...
first tayangan je aku dah pegi tgk sorang2....
aku ckp cite nie mmg besh dari awal sampai abis korang akan gelak je...
so first tgk sorang2 nak cite ngn sapa kan..

so pada ari rabu lepas aku ngn kak fit dan waiii n biii pegi tgk wayang..
mule2 nak tgk cite benjamin button...tapi tuka tgk cite upin ipin...
aku suke..aku suke tgk lagiiii...
kali kedua tgk pun still leh pecah peruttt...
hahahhahah..kali ada member bleh la komen bagai filem nieh,....

pada aku ni la first cite 3D malaysia yg paling bagus dan mampu pegi jauhhh
teknik die mmg cantikk jalan cerita yg menarikk....
smuanya bagus2.....
aku suke,...aku suke....

so pada korang yg blom tgk..ape lagi layankan...
aku dari 5 bintang aku up jadi 10 bintang ok...





abis je cite nie...
kiteorg gi lepak jap sambil tnggu tira..kak muzii....edna..
pastu sembang2 waii n bii terpaksa balik kerana ada urusan penting...
so kami yg tinggal pegi pekena nasi lemak kat bangsar..
ok la sedap gak..
pastu dah abis makan sembang2..
kami pun berangkat pulang...
pastuuu ape lagiii tidooo la...
hahhahah

houtttt!!!!


hah korang msti ingat pas dinner tu aku trus balikk..
ohh tidakk....
kami berpakat tuk menonton wayang die pavi...
aku,edna.kak fit,tira je yg pegi tgk...ehh tertinggal bad plak..
kamiii tgk cite bride warr...cite die beshh..
tapi ezham n frenz die join skali tgk...
wayang plak kul 1.20pagi...perghhh abis tgk wayang tu..
kami jadi burung antu...bayangkan kami wat kerje giler berjalan kaki tuk pegi lepak kat pelita klcc tu....ish memang sewel kami pagi2 tu...tapiii beshhh lepak sembang2 cite mngarut la macam la nak tnggu pkul 6 pagi nieh...ishhh gilerr kannn....yang seronoknye tgk sorang2 mata dah jadi panda lebamm je...tapiii kerana keseronokkannye tu ilang ngantuk..hahhaha
ni bukan kali pertama wat...ni kali kedua...kali pertama pas abis tgk MUZIK2 separuh akhir aritu,..

6.30pagi mula la kami berpisah dan menuju ke destinasi masing2.....
pastu tido smpai pkul 6 lebey,.....tu pun mmg kejutkan....
kalo x..smpai malam kot..hahahhaahaa
dah tu je la...
ari tu mmg jadi budak baik lepak je kat umah..
kakakakaka

houuuttt!!!



MASHITAH membantu Nubhan minum sambil diperhatikan suaminya.




SELEPAS berjalan-jalan di Zoo Negara, Nubhan turut dibida sebanyak RM500 untuk undangan majlis makan malam. Memilih tarikh keramat 14 Februari iaitu hari bermakna buat pasangan yang bercinta, majlis makan malam berkenaan diadakan di Restoran Saloma. Sesuai dengan tarikh itu, Nubhan dikehendaki mengenakan sepasang sut serta membawa sejambak bunga.

Apa yang melucukan, Nubhan tidak mengetahui siapakah pembidanya kerana hanya diberitahu oleh pengurusnya, Vernon, yang dia sudah dibida oleh pasangan suami isteri.

Oleh kerana tidak tahu pembidanya anak muda itu berdebar-debar untuk bertemu buat kali pertama dengan orang yang tidak dikenalinya. Bagaimanapun, sebaik tiba di pekarangan masuk Restoran Saloma, Jalan Ampang di ibu negara, Nubhan mula perasan beberapa kelibat yang amat dikenalinya.

"Daripada jauh Nubhan nampak beberapa ahli kelab, tertanya juga apa mereka buat di sini. Tetapi apabila Vernon bawa Nubhan ke arah mereka, Nubhan mula mengagak yang mereka sebenarnya cuba mengenakan saya.

"Nubhan gembira kerana ahli kelab Nubies prihatin dengan keadaan yang menimpa Gaza sehingga sanggup turut serta dalam acara lelongan. Nubhan juga amat berterima kasih kepada mereka kerana mengambil perhatian apa saja yang Nubhan lakukan," katanya.

Nubhan berkata, acara makan malam ini adalah ideanya sendiri sebagai menebus kekesalannya kerana tidak dapat hadir pada acara lelongan amal itu kerana terpaksa terbang ke Sabah bagi memeriahkan sesi uji bakat Akademi Fantasia musim ketujuh.

Sementara itu, presiden kelabnya, Mashitah Ismail, 26, berkata, mereka membida Nubhan menerusi Vernon melalui telefon hanya setelah majlis anjuran Berita Harian itu berakhir.

Katanya, dia bersama ahli kelab yang lain tidak dapat turut serta di Amcorp Mall kerana terikat dengan tugas masing-masing.

Namun, sebagai lambang keprihatinan mereka, dia bersama 14 rakan-rakannya sanggup berkongsi wang bagi membida Nubhan. Bagaimanapun, meminta Vernon supaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan penyanyi pujaan mereka.

"Selain tujuan amal, kami juga sebenarnya sepakat untuk mengenakan Nubhan kerana dia sering mengenakan kami. Memandangkan hari ini juga adalah Hari Kekasih, kami sengaja meminta supaya dia memakai sut.

"Apabila dia masuk dan nampak kami, Nubhan terus mengomel katanya ingatkan pasangan kekasih mana tadi. Rupanya pasangan suami isteri yang dimaksudkan adalah kami, " katanya.

Walaupun seramai 14 orang yang berkongsi duit untuk membida Nubhan, tetapi hanya tujuh saja yang dapat hadir ke majlis makan malam itu iaitu Siti Asmah Danuri, Nor Aida Mustafa, Nur Athirah Abd Rahman, Nor Muziani Musa, Lily Hasliana Dalila Mat Yin dan Khairul Anuar Abdul Aziz.


Selain makan malam, Nubhan turut menghiburkan peminat setianya itu dengan single terbarunya Seadanya Aku lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Azalea. Selesai acara makan malam, mereka semua kemudiannya menonton wayang bersama.

*dipetik dari berita harian....

*nota kaki*

1.sobonanye den ni masih singlee ok...blomm kawen sperti yg dikatekan di atas..

2.walaupun ianya tetap sweet memories bagi tegarians smua......

3.mmg niat tegarians nak menderma kat GAZA ek....

4.aku tetap nak saman penulis nieh..hehehhehe

5. jgn salah anggap tau psai suami isteri tu...


[+/-]

GENG-UPIN dan IPIN....

[+/-]

sambungan cite dinner tu...

[+/-]

xTAu Nak KAte APE daHH.....